Pembentangan minggu ini memperlihatkan kumpulan ghazal mengulang kembali pembentangan bagi melengkapkan maklumat kerja lapangan yang diperlukan. Hasil daripada kerja lapangan tersebut, banyak maklumat yang berjaya dikongsi bersama dan perbezaan antara ghazal Johor dan ghazal Parti dapat dilihat dengan jelas dari segi alat muzik, cara persembahan, negeri yang mempopularkan muzik tersebut serta irama dan lagu yang dipersembahkan. Namun begitu sejarah ghazal parti tidak dapat diketahui asal usul kedatangannya.
Ahli kumpulan tersebut juga dilihat lebih yakin dan memahami setiap maklumat yang disampaikan. Jawapan yang diberikan bagi setiap persoalan yang dikemukakan juga dapat diperjelaskan dengan tepat dan memuaskan. Penulis mengucapkan tahniah kepada ahli kumpulan ghazal kerana telah bersusah payah turun kelapangan bagi mendapatkan data dan video yang dipaparkan memperlihatkan kesungguhan ahli kumpulan tersebut memperbaiki kesilapan yang lepas. Sebelum persembahan ini dilakukan penulis tidak pernah mendengar muzik ghazal parti dan tidak menjangkakan muzik tersebut dimainkan di negeri sebelah utara seperti Pulau
Maklumat yang diperoleh berkaitan dengan muzik ghazal bukan sahaja dapat dikongsi dengan rakan sekelas, malah ia menarik perhatian pelajar dan guru daripada SMK Malim, Melaka. Walaupun lawatan ke bilik tersebut hanya lebih kurang 15 minit namun, segala maklumat yang diperoleh dapat difahami, situasi ini dapat dilihat melalui persoalan yang diajukan pelajar dan guru sekolah tersebut.
1 comments:
Betul..keyakinan mereka lebih terserlah kali ini...maklumat yang disampaikan juga lebih tersusun dan menujukan huraian yang kemas...amat berguna untuk panduan kita semua
Post a Comment