Friday, October 29, 2010

Jurnal Refleksi : Minggu 14



Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menyertai kelas muzik tradisional bersama En. Amran. Pendekatan yang dibuat melalui blog menarik minat penulis terhadap pembaharuan yang ditonjolkan dalam proses pembelajaran. Sebelum ini penulis tidak mempunyai pengalaman dalam menyediakan blog, segala ilmu membina blog diperoleh daripada kelas ini. Walaupun tiada pengalaman penulis tetap dapat mengikuti segala arahan yang diberikan oleh En Amran dalam proses membangunkan blog individu. Rakan-rakan sekelas juga banyak membantu dalam menyempurnakan blog tersebut.

Pada minggu ke dua pembelajaran kami telah mula membuat refleksi terhadap hasil pembelajaran yang kami pelajari dalam kelas mengikut pemahaman penulis. Pada permulaan refleksi, agak sukar bagi penulis menyediakan refleksi tersebut kerana muzik tradisional bukan bidang penulis sebagai pelajar Fakulti Sains Kemanusiaan dan penulis memerlukan rujukan tambahan untuk menyediakan refleksi. Namun pada minggu kelima kuliah penulis telah mula menunjukkan minat kepada muzik tradisional dan refleksi dapat dilakukan dalam masa yang singkat sahaja. Namun refleksi yang dihasilkan memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi agar tercapai objektif pembelajaran. Dengan pendekatan video, gambar dan slide yang disediakan oleh pensyarah dan rakan-rakan yang lain, penulis dapat mencapai kandungan kursus yang diperlukan dalam muzik tradisional. Rakan-rakan daripada jurusan muzik juga banyak membantu dalam memberi gambaran yang sebenar tentang pembelajaran yang dilalui di dalam kelas. Pembentangan dan blog kumpulan juga banyak membantu dapat memahami kandungan yang terdapat dalam subjek ini.

Secara keseluruhannya dengan wujudnya pembelajaran menggunakan blog, penulis bukan sahaja dapat mengenali muzik tradisional malah dapat mempelajari cara membina blog. Ilmu tersebut sangat bermakna dan sesuai dijadikan bekalan kepada penulis yang bakal bergelar guru kelak. Pendekatan blog juga sesuai digunakan di dalam sistem pembelajaran agar menarik minat pelajar terhadap isi kandungan kursus. Namun guru atau pensyarah memerlukan masa dan kesabaran dalam memberikan pemahaman kepada pelajar mengenai blog kerana tidak semua pelajar terdedah dengan teknologi.

10 comments:

~cikshue~ on October 29, 2010 at 10:51 PM said...

Semoga terus maju jaya dalam muzik tradisional Malaysia ini. Good luck in final exam=)

SMP 2252 NURUL HANA on October 30, 2010 at 6:27 AM said...

semoga apa yang diperolehi sepanjang kuliah minggu 1 - 14 dapat dimanfaatkan sama ada dalam peperiksaan mahupun di masa akan datang. sama-sama kita skor tuk final exam

SMP2252 WONG SOON EN on October 30, 2010 at 7:13 AM said...

Tahniah kepada saudari kerana telah memilih subjek muzik tradisional ini walaupun anda bukan pelajar muzik...... Ini satu semangat yang amat dihargai oleh orang ramai..... Keep it Up.......:)

SMP2252 FARAH on October 30, 2010 at 7:50 AM said...

jawab exam betol2 nant. Faham soalan & paling penting faham tajuk dan bukan hafal..

SMP2252 Firdaus on October 30, 2010 at 1:14 PM said...

Muzik itu indah..Maka carilah keindahan itu. semoga dengan ilmu yang sedikit ini akan jadi bekalan pada masa hadapan kelak

SMP2252 SALWA on October 30, 2010 at 4:30 PM said...

Terima kasih Dalila..moga kerjasama antara kita akan berterusan jika berkesempatan..moga blog zikir kita terus aktif selamanya membantu yang memerlukan kelak...hanya yang menghayatinya yang dapat merasai kemanisanya..moga berjaya nanti...seronok bersama anda semua

aniey_annatasia on October 31, 2010 at 8:43 AM said...

Teruskan memartabatkan warisan budaya kita...Lepasni, jangan segan-silu untuk bertandang ke Fakulti Muzik dan Seni Persembahan lagi ya???

SMP2252 FarHana on October 31, 2010 at 8:49 AM said...

kupasan yang menarik dalila....semoga apa yang diperolehi semasa mengikuti kuliah SMP2252 akan dapat diteruskan....selamat berjuang di medan peperiksaan....all the best....

smp2252dalila on November 2, 2010 at 7:25 AM said...

Terima kasih buat semua sahabat...InsyAllah kita sama-sama usaha menggunakan ilmu yang diperolehi dengan baik...semoga ukhuwah yang terjalin dapat dikekalkan selama-lamanya..All The Best...

Peter parker on December 24, 2018 at 9:46 PM said...

KYC documents verification issue on Gdax Support
Are you a Gdax user? Are you having a problem with the verification of KYC documents? Is this becoming an obstruction in your trading path and you are having the struggle in accessing your Gdax account due to this error in verification? Don’t worry such an issue can be easily stopped by contacting a delegate at Gdax customer service by dialing Gdax Support Number +1-800-665-6722? The highly able executive aims at giving you fancied and best suitable solutions to all your questions.
For more info: https://www.cryptophonesupport.com/wallet/gdax/

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump. A

Blog Pelajar Kump. B

Blog Pelajar Kump. C

SMP 2252 DALILA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template